Cara mudah menjadikan pendrive sebagai media installer Windows

Sebelum ini apabila sebut sahaja format komputer, kita terbayang akan CD berisi perisian Windows. Penggunaan CD sebagai media untuk install ini ada baik dan buruknya; CD agak rumit untuk dikendalikan. Sekiranya tidak dijaga dengan baik boleh jadi kandungan CD tersebut jadi sukar untuk dibaca oleh komputer. Pendek kata leceh!

gambar CD
CD perlu disimpan di dalam kotak bagi mengelak dari habuk dan kotoran.

Tambahan pula terdapat laptop zaman sekarang yang tidak lagi mempunyai CD/DVD drive demi menjimatkan kos dan juga menjimatkan ruang (laptop jenis ultrabook misalnya). Sedangkan port USB boleh dikira port yang senang dijumpai pada setiap laptop dan komputer (melainkan anda penggemar Macbook).

macbook
Contoh laptop tanpa DVD drive

Namun zaman kini kita tidak lagi perlu bergantung 100% pada CD untuk memformat komputer anda. Cukup dengan menggunakan sebatang pendrive sahaja. Ia sangat kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Selain itu, cara penjagaannya tidak sesukar CD yang jauh lebih sensitif.

toshiba pendrive
RM20 sebatang!

Untuk proses kali ini kita memerlukan sebatang pendrive dengan saiz 8GB serta fail installer Windows atau lain-lain OS. Kami cadangkan satu pendrive per OS. Ini bagi memastikan isi kandungannya tidak bercampur-campur antara satu perisian dengan perisian yang lain.

Cara-caranya:
  • Dapatkan perisian RUFUS di sini (https://rufus.akeo.ie/)
  • Ketik dua kali fail RUFUS tersebut.rufus
  • Ikut tetapan seperti di bawah. Ketik pada ikon CD untuk memilih fail installer anda.default rufus screen
  • Satu Window baru akan dibuka. Pergi ke lokasi dimana fail anda berada dan sesudah itu ketik ‘Open’.lokasi installer
  • Perhatikan pilihan yang ada berubah mengikut jenis installer. Sebagai contoh saya memilih Windows 10. Biarkan tetapan tersebut dan mulakan.rufus dengan windows 10 iso
  • Sebagai amaran segala data di dalam pendrive tersebut akan dihapuskan sebelum proses bermula. Oleh itu sila gunakan pendrive yang kosong ya.amaran data format
  • Tunggu sehingga proses selesai.format sedang berjalan
  • Selesai sudah. Pendrive ini boleh digunakan sebagai media installer untuk masa hadapan.

Walau bagaimanapun jangan sesekali menganggap CD boleh dibuang begitu sahaja ya. Bagus juga kalau dijadikan pendua kalau-kalau timbul masalah dengan pendrive yang ada.

Selamat mencuba!

Kongsikan sekiranya bermanfaat:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge