Lupa password komputer anda? Kini tidak risau lagi!

Dalam setahun ini sudah berapa kali anda lupa password komputer anda? Kalau jawapannya 0, tahniah kami ucapkan. Namun tidak dinafikan sepanjang kita menggunakan komputer pasti ada berlaku situasi ini. Kekadang kita tertinggal satu huruf, tertukar huruf o dengan nombor 0, dan sebagainya.

Sekiranya berlaku kepada diri anda, apakah yang sewajarnya dilakukan? Bagaimana hendak mengakses data-data dalam komputer (dokumen, slaid kuliah)? Teruskan membaca di bawah.

lupa password komputer ke bang

Memperkenalkan perisian memadam password yang diberi nama chntpw (http://www.chntpw.com). Berkesan untuk memadam password akaun yang kita tidak ingat tanpa perlu log in ke Windows. Untuk makluman tutorial di bawah telah dicuba sendiri oleh saya menggunakan Windows 7.

Cara-caranya:

Dapatkan perisian tersebut di sini(http://www.chntpw.com/download/). Ambil ‘Bootable CD image’. Sesudah download unzip fail tersebut dan dapatkan fail .ISO nya.

klik pada link bertanda kuning

 

Untuk membolehkan anda boot menggunakan pendrive silakan rujuk pos sebelumnya di sini.

Sekiranya berjaya anda akan dipaparkan skrin seperti di bawah. Tekan butang ‘ENTER’ untuk teruskan.

muka depan boot

Pastikan anda memilih partition Windows yang betul. Perhatikan garisan merah di bawah. Ayat ‘ Found Windows on XXXX’  menunjukkan kita sudah memilih partition yang betul. Teruskan dengan menekan ‘ENTER’

pilih partition yang betul

Pilih opsyen pertama untuk memadam password. password reset

Sekali lagi pilih opsyen pertama untuk mengedit user data dan password.

edit user data dan password

Di sini anda boleh memilih user yang anda ingin padam passwordnya. Sebagai contoh saya memilih user ‘Amad’; jadi di ruangan itu saya memasukkan RID Amad ini = ‘3ef’ lalu menekan ‘ENTER’.

pilih user anda disini

Di sini saya memilih opsyen pertama untuk memadam password user ‘Amad’ ini.

padam password

Sesudah itu satu notifikasi akan terpampang menunjukkan statusnya. Dalam kes ini password tersebut telah dipadamkan.

password telah dipadamkan

Tekan q diiringi ‘ENTER’ untuk keluar dari menu ini.

konfirmasi password kosong

Sekali lagi tekan q dan butang ‘ENTER’ untuk keluar dari menu ini.

kluar baris

 

Akhir kata taipkan ‘yes’ dan tekan ‘ENTER’ untuk mengesahkan pemadaman password tersebut.

konfirmasi padam password

Kemudian, cabut pendrive dari komputer anda dan restart komputer tersebut. Perhatikan yang Windows terus start tanpa meminta password! (Ini hanya berlaku sekiranya anda ada satu akaun sahaja pada komputer itu).

login tanpa password
Selamat datang sekali lagi ke Windows 7

Pergi ke Control Panel > User Accounts > User Accounts. Perhatikan dalam bulatan merah itu; tiada password. Sebagai langkah berjaga-jaga kami sangat menggalakkan anda membuat password yang baharu menggantikan password lama.

tiada password

Selepas menetapkan password baru akaun anda akan dipaparkan sebegini rupa. Bagi pengesahan password baru anda boleh cuba log keluar dan masuk kembali. Sepatutnya password baru akan digunakan.

selepas add password

Kesimpulan:

Demikian serba sedikit langkah-langkah dari A sampai Z bagi menyelamatkan anda di saat anda lupa password komputer sendiri. Diharapkan agar selepas ini anda mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan password anda selamat dalam tangan anda.

Semoga bermanfaat.

Kongsikan sekiranya bermanfaat:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge