Office 365 atau Microsoft Office 2016?

Bercakap soal perisian Microsoft Office; semua orang tahu mengenainya. Dari Microsoft Word sampailah ke Microsoft Visio, hampir semua orang pernah guna. Pada ketika ini Microsoft Office ditawarkan dalam dua jenis utama iaitu Office 365 dan juga “Home and Student 2016”. Apakah perbezaan antara keduanya? Dan apakah kelebihan masing-masing?

microsoft office

Office 365

office 365

Office 365 ini merupakan perisian secara langganan. Ia menawarkan lebih banyak produk Microsoft Office seperti Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Microsoft Access. Bagi Office 365 ini ada dua varian; Home dan Personal. Untuk versi Home anda boleh menginstall untuk 5 user yang berbeza. Manakala versi Personal pula hanya seorang boleh menggunakannya.

Bukan itu sahaja, kedua-dua varian ini boleh menginstall sehingga 3 copy pada 3 jenis peranti berbeza. Sebagai contoh, Personal boleh diiinstall 1 copy pada komputer, 1 copy pada tablet dan lagi 1 copy dekat phone. Versi home pula pengguna boleh menginstall pada 5 komputer, 5 tablet dan 5 phone! Banyak tu.

Dari segi harga, Office 365 dijual pada harga RM380 setahun untuk versi Home dan RM280 setahun untuk versi Personal. Boleh dijuga langgan secara bulanan dimana pengguna perlu bayar RM38 sebulan untuk versi Home dan RM28 sebulan untuk versi Personal.

Office Home & Student 2016

office 2016

Office Home & Student 2016 pula berkonsep tradisional dimana pengguna beli dan pakai perisian ini. Buat masa ini hanya 4 applikasi tersedia; Word, Excel, PowerPoint dan OneNote. Bukan itu sahaja, malah perisian tersebut hanya boleh diinstal pada satu komputer sahaja! Sekiranya anda ingin menggunakan dekat komputer lain anda perlu bayar harga penuh perisian tersebut. Harga Office Home & Student 2016 ini diletakkan pada RM570.

Kelebihan dan kekurangan

Atas kertas, Office 365 tampak lebih fleksibel dari sudut fungsi, harga dan ketersediaan berbanding Office Home & Student 2016. Para pelanggan Office 365 bukan sahaja boleh menginstall Office pada peranti masing-masing, malahan mendapat storage online sebanyak 1TB! Banyak tu. Selain itu applikasi mereka sentiasa terkini; Apabila versi baharu keluar (katakan Office 2017) secara automatik para pelanggan akan mendapatnya. Manakala pembeli Office 2016 yang ingin menggunakan versi baru harus membeli secara asing.

Dari segi harga, ternyata langganan Office 365 lebih murah berbanding Office Home & Student 2016. Kebiasaannya Microsoft akan mengeluarkan versi baru setiap 3 tahun (Office 2010, Office 2013, Office 2016, seterusnya Office 2019 barangkali?!). Kos melanggan Office 365 selama 4 tahun baru RM1120 manakala untuk Office 2016 RM570. Andaikata anda membeli Office 2019 kelak pada harga sama RM570 jumlah keseluruhan menjadi RM1140.

bandingkan harga 365

Kesimpulan

Kesimpulannya dengan Office 365 pengguna boleh mendapat penjimatan yang serius, lebih-lebih lagi jika melanggan pakej Home (untuk 5 user). Sebaliknya jika pengguna bukan jenis yang kisah memakai produk lama boleh ambil Office 2016. Pada hemat saya Office 365 pakej Home adalah pilihan yang terbaik.

Diharapkan artikel ini dapat sedikit sebanyak membantu saudara dalam membuat keputusan kelak. Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Microsoft Office Malaysia di sini.

Kongsikan sekiranya bermanfaat:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge