3 Antivirus Percuma Terbaik Pilihan 2017

Serangan virus di Internet di anggaran sebanyak 230,000 komputer di seluruh 150 negara. Fakta ini dalam masa sehari serangan serta menyebaban kerugian hampir USD 4 billion (RM17 billion).

Malaysia juga tidak terlepas daripada ancaman tersebut. Jadi keprihatinan kita terhadap akses internet perlu berada pada tahap tinggi.

Ini bukan cobaan tetapi kenyataan yang perlu dihadapi oleh setiap daripada kita yang menggunakan internet.

Dahulu, virus dan penggodam (hacker) menggodam komputer sekadar suka-suka tanpa ada kepentingan.

Tetapi kini penggodam menyerang dengan bermotifkan keuntungan. Data pengguna, data pesakit dan data pemegang akaun bank adalah aset paling penting di internet.

Penggodam tahu semua data ini sangat penting kepada sesebuah entiti perniagaan dan syarikat mahupun pengguna individu. Penggodam akan mencuri data dan dijadikan ‘tebusan’ di Internet.

Jika pengguna inginkan kembali data tersebut, mereka perlu membayar sejumlah wang. Bukan seringgit dua tetapi mencecah ribuaan malah sehingga jutaan ringgit.

Jika tidak dapat membayar wang yang kebiasaannya kira-kira RM1300 Bitcoin, maka jalan penyelesaian terakhir dengan memformat semula komputer.

Jika format, maka secara teorinya, hilang semua data-data penting.

Jadi apa jaminan untuk kekal selamat di internet?

Adakah masih ada?

Perlukah kita takut sehingga mematikan terus akses ke lubuk informasi dunia iaitu Internet?

Salah satu jawapannya adalah Antivirus.

Antivirus adalah program perlindungan dan pencegahan (protect and defend) yang sentiasa ‘berperang’ bagi pihak kita untuk melindungi data komputer.

Anvirus dapat memberi jaminan kepada pengguna komputer dari segi perlindungan data dan akses kepada website.

Jika virus berada satu langkah di depan, penyedia antivirus perlu berada dua langkah di hadapan. Perlu sentiasa lebih bersedia.

Terdapat dua pakej antivirus yang biasa digunakan.

  1. Percuma
  2. Berbayar

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan antivirus percuma. Sangat sesuai untuk melindungi data kepada pengguna di rumah.

Syarikat dan perniagaan sangat tidak digalakkan menggunakan antivirus percuma kerana terdapat kekurangan tertentu.

Jika ada kesempatan, kami akan kongsikan perbezaan antara antivirus percuma dan berbayar.

Baiklah, jom kita lihat apakah 3 antivirus percuma terbaik pilihan KakiSistem.com untuk tahun 2017.

Ia adalah berdasarkan kepada pengalaman kami selama beberapa tahun menggunakan antivirus percuma. Keserasian dan kesan adalah berbeza mengikut pengguna.

#1. Avira Free Antivirus

Fungsi Avira adalah menghalang serangan virus termasuk Ransomware. Dianggarkan lebih 4 juta serangan virus sehari dan Avira Free Antirus mampu menyelamatkan komputer dan laptop anda.

Antara kelebihan lain dilengkapi dengan Virtual Private Network (VPN)  yang memberi perlindungan tambahan tanpa ada pemantauan daripada penyedia internet. Akses melalui VPN adalah selamat dan sulit.

Selain itu, ia dilengkapi dengan Safe Browser yang memantau akses ke laman-laman web di internet.

Perlindungan akses ke laman web penting supaya kita tidak tersalah akses ke laman web yang ‘diperangkap’ oleh penggodam.

Ringkasan fungsi dalam Avira adalah:

  • Antivirus
  • VPN
  • Safe Shopping
  • SafeSearch Plus
  • Password Manager
  • System Speedup

Penggunaan sumber RAM (memory) dan CPU juga adalah rendah. Untuk ujian kami menggunakan Microsoft Surface Pro dengan 8GB RAM dan CPU Intel i7-4650U @ 1.70Ghz

Pada keadaan biasa, ianya hanya menggunakan kira-kira 3% daripada keseluruhan RAM serta 0.1% CPU.

Semasa membuat full scanning virus, ia menggunakan tambahan 4% RAM menjadikan kira-kira 7% daripada keseluruhan.

Semasa quick scan, ianya hanya mengambil masa kurang 30 saat untuk selesai. Mengagumkan!

Malangnya untuk full scan, lebih 1 jam diperlukan untuk kesemua data dan fail komputer diperiksa.

avira-antivirus-percuma

Paparan utama Avira Free Antivirus 

Prestasi komputer tidak berubah. Tidak rasa perlahan walaupun terdapat proses scan di sebalik tabir (background).

Avira didatangkan dalam Windows, MAC dan juga Andorid.

Anda boleh download secara percuma di www.avira.com

#2. Malwarebytes Free 

Jika diikutkan kepada laman web Malwarebytes, fungsinya lebih daripada antivirus sehinggakan mereka menyatakan tidak perlu lagi mempunyai program antivirus.

Ia dilengkapi dengan anti-malware, anti-ransomware, anti-exploit, malicious website protection untuk menhalang dan membuang serangan pada laman web.

Lebih kepada semuanya dalam satu (all-in-one protection) serta paling utama ianya percuma dan sudah semestinya menjimatkan wang anda.

Penggunaan sumber RAM (memory) dan CPU juga adalah lebih rendah berbanding Avira.

Untuk ujian kami menggunakan Microsoft Surface Pro dengan 8GB RAM dan CPU Intel i7-4650U @ 1.70Ghz.

Pada keadaan biasa, ianya hanya menggunakan kira-kira 0.1% daripada keseluruhan RAM.

Semasa membuat scanning malware ia menggunakan tambahan 0.5% RAM menjadikan kira-kira 1% daripada keseluruhan.

Untuk full scan, ianya hanya mengambil masa kurang 5 minit. Lebih pantas berbanding Avira.

Malwarebytes tersedia dalam platform Windows dan Mac.

Muat turun Malwarebytes secara percuma di www.malwarebytes.com

#3. AVG Free Antivirus

Jika anda membuat carian di internet dengan kata kunci “free antivirus” hasilnya, AVG berada di tangga kedua selepas Avira untuk hasil carian.

Bermakna ia sangat popular sebagai antivirus percuma.

Mendapat 4/5 rating daripada pengguna di Softpedia. Boleh tahan bagus!

Ringkasan fungsi AVG adalah:

  • AntivirusStop viruses, spyware, ransomware, & malware
  • Melindungi link, download dan lampiran pada email

AVG didatangkan dalam platform Windows, MAC dan juga Android. Semuanya percuma.

Donwload AVG di www.avg.com

Pastikan Ada Antivirus

Percuma dan berbayar, itu perkara nombor dua. Walau apa versi sekalipun, sesebuah komputer perlu ada perlindungan antivirus.

Kita tidak dapat lihat virus dengan mata kasar sebab ia benda ghaib. Jika nampak pun, kita tidak boleh membuangnya. Perlu ada antivirus sebagai ‘pembantu’.

Jadi, periksa komputer anda, jika belum pasang antivirus, lakukan dengan segera!

MZ ISMAIL

Kongsikan sekiranya bermanfaat:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge