Suka main smartphone dalam gelap?

Smartphone atau telefon pintar ibarat candu moden; tak lekang di tangan kita. Sentiasa ada sahaja yang kita buat dengannya; baca Whatsapp, buka Facebook dan lain-lain. Waktu hendak tidur pun sempat lagi.

Penjelasan saintifik

Apabila kita main smartphone dalam gelap, cahaya yang terang dari paparan skrin menyinar secara terus ke dalam mata kita. Ini tidak baik untuk kesihatan. Sinaran biru (Blue Light) boleh mengganggu pengeluaran melatonin. Hormon inilah yang mengawal kitar tidur kita seharian. Kajian menunjukkan pengeluaran melatonin boleh merosot sehingga 22 peratus sekiranya kita bermain phone selama 2 jam pada waktu malam.

tidur malam
Tidur nyenyak adalah kunci kepada kesihatan

Bagaimana sinaran biru ini mengganggu kitar tidur kita? Untuk makluman otak manusia mengganggap sinaran biru dan sinaran matahari itu sama. Jadi apabila kita menggunakan gajet pada waktu malam ia merangsang otak kita. Seolah-olah kita berada di waktu siang. Semakin terangsang minda kita semakin merosot pengeluaran hormon melatonin itu.

Bukan itu sahaja, dengan berkurangnya penghasilan hormon tersebut kita akan lebih sukar untuk tidur dan semakin sukar untuk tidur nyenyak. Pendek kata kualiti tidur akan terjejas. Jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan kesihatan kita.

tak cukup tidur

Jawapan kepada tabiat ini

Meskipun penyelesaian terbaik adalah dengan berhenti bermain telefon dan gajet sebelum tidur namun ternyata agak sukar untuk dicapai. Lebih-lebih lagi gaya hidup sekarang yang sebati dengan diri kita. Oleh itu terdapat alternatif lain yang boleh dipraktikkan. Sekurang-kurangnya kesannya dapat diminimumkan.

Bagi telefon jenis Android, para pembaca boleh mendapatkan applikasi “Blue Light Filter – Night Mode”. Applikasi ini berfungsi menukar warna paparan skrin anda bagi meminimumkan sinaran biru. Untuk mendapatkannya jalankan carian di dalam Google Play Store telefon pintar anda atau klik link di atas.

blue light filter

Cara menggunakan applikasi

Setelah menginstall pada telefon pintar anda hanya perlu jalankan applikasi ini. Sangat mudah diaktifkan. Hanya dengan menekan butang ‘Power’ skrin anda akan berubah wajah.

tekan on untuk mengaktifkan applikasi

Perhatikan gambar sebelum dan selepas di bawah:

sebelum
Sebelum (paparan skrin normal)
selepas
Selepas (paparan skrin telah digelapkan 75 peratus!)

 

Kecerahan skrin boleh diset mengikut kehendak pengguna; terdapat tetapan sedia ada (preset) yang boleh dipilih.

tetapan

Kesimpulan

Setelah menggunakan applikasi ini beberapa kali, saya dapati ia sangat membantu. Lebih-lebih lagi ketika main smartphone dalam gelap. Mata jadi kurang sakit dan tidak silau. Pendek kata, applikasi ini sangat berguna bagi membantu kita menggunakan telefon pintar sebelum tidur (dalam suasana gelap).

Kongsikan sekiranya bermanfaat:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge