Penerangan applikasi Blue Light Filter – Night Mode

Dalam pos sebelum ini kami ada canangkan penggunaan applikasi Blue Light Filter ini. Untuk postingan kali ini kita akan menelusuri lebih mendalam lagi setiap fungsi yang ada.

applikasi blue light

Untuk makluman saya gunakan versi percuma. Pada hemat saya versi ini pun sudah cukup bagus untuk kegunaan seharian. Namun begitu digalakkan juga membeli versi penuh sebagai tanda sokongan kepada pihak developer.

Versi berbayar membolehkan kita menutup iklan-iklan yang memenuhi ruangan applikasi ini.  Selain dari itu fungsi versi percuma dan berbayar adalah sama sahaja.

Ciri-ciri

Seperti yang ditunjukkan dalam artikel sebelumnya (baca disini) applikasi Blue Light ini sangat membantu mengurangkan kesan negatif terhadap mata kita. Lebih-lebih lagi jika digunakan pada waktu malam. Applikasi ini berfungsi dengan mengubah warna paparan skrin dan menurunkan sinaran biru.

Fungsi utama

Ada beberapa mod atau tahap yang boleh digunakan seperti di bawah. Perhatikan warna paparan skrin berubah-ubah mengikut mod yang dipilih. Dimaklumkan bahawa paparan skrin yang telah diubah mungkin tampak kurang sesuai sekiranya kita sedang menonton video atau melihat gambar. Ini kerana warna gambar/video kita akan berubah mengikut tema yang telah dipilih.

Night shift = 3200K

3200k

Candle light = 1800K

1800k

Dawn = 2000K

2000k

Incandescent light = 2700K

2700k

Fluorescent light = 3400K

3400k

Sunlight =4500K. Apabila mod ini dipilih, sedikit mesej peringatan akan terpampang pada skrin.

default skrin

Warna skrin akan berubah mengikut tema yang telah dipilih. Kadar kekuatan (intensity) dan kadar kemalapan skrin boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing.

Setiap tema yang ada menunjukkan jenis paparan yang sesuai dalam situasi tertentu. Sebagai contoh sekiranya kita berada dalam bilik yang hanya diterangi cahaya lilin, maka ‘Candle light’ sesuai digunakan. Skrin kita akan berubah ke kemerah-merahan dan sedikit gelap. Ini membantu mata kita untuk menyesuaikan diri dengan sinaran yang lemah.

Fungsi yang lain

Kita boleh set pemasa untuk aktifkan applikasi ini. Sebagai contoh sekiranya kita mahu supaya paparan skrin pada waktu malam dimalapkan secara automatik pemasa boleh ditetapkan pada jam 7 malam dan berakhir jam 6 pagi. Fon kita akan berubah wajah dengan sendirinya.

Akhir kata applikasi blue light filter ini boleh didapati dengan melayari Google Play Store atau di link berikut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge