Apa itu virtualization secara ringkas?

Tahukah anda, kita boleh menjalankan banyak PC di dalam PC kita? Ini semua dilakukan secara virtual atau maya. Semua ini dimungkinkan oleh applikasi tertentu yang boleh memanipulasi sistem kita untuk mewujudkan PC maya – PC yang wujud di dalam PC yang lain. Proses ini dipanggil virtualization.

konsep virtualization

Maksud virtualization

Ia merupakan suatu proses mewujudkan server/komputer di dalam alam maya. Meskipun berkongsi resource fizikal yang sama namun komputer-komputer maya ini mampu untuk beroperasi serentak dengan komputer induk tanpa mengalami masalah.

Secara teorinya, bilangan komputer  yang boleh diwujudkan secara maya adalah bergantung jumlah resource yang ada. Seiring kemajuan teknologi hardware, lebih banyak komputer yang boleh dijalankan oleh sesebuah komputer fizikal itu.

Namun harus diingat, prestasi setiap komputer maya itu bergantung jumlah resource yang ditetapkan keatasnya. Semakin banyak resource yang kita berikan semakin lajulah ia.

muka depan

Tujuan utama

Antara tujuan utama melakukan virtualization adalah untuk memaksimumkan penggunaan resource fizikal sesebuah komputer. Hardware zaman ini sangat hebat dan mampu beroperasi pada tahap tertinggi berbanding 5 tahun lepas.

Selalunya tidak sampai 20% pun keupayaan sistem ini digunakan. Baki yang banyak itu dapat digunakan untuk mewujudkan satu atau banyak lagi sistem. Ini menjimatkan duit berbanding cara lama di mana seseorang harus membeli hardware baru untuk setiap server yang diwujudkan.

Bukan itu sahaja, dengan mewujudkan komputer maya ini pengguna bebas untuk melakukan eksperimen. . Anda boleh mewujudkan sebuah komputer maya yang sebiji macam komputer fizikal anda! Di dalamnya anda bebas untuk menguji bermacam-macam aplikasi dan situasi yang difikirkan sesuai. Ini tidak memberi kesan kepada komputer fizikal anda.

Kesimpulan

Teknik virtualization ini sangat berguna kepada para admin sistem. Namun begitu pengguna biasa juga boleh memanfaatkan teknik ini sebagai cara untuk memastikan komputer mereka kekal stabil untuk jangka masa panjang. Ini boleh dilakukan dengan melakukan ujian berkala ke atas komputer mereka.

Di samping itu juga virtualization ini sangat sesuai dijadikan medium untuk kita belajar sesuatu sistem itu tanpa perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar. Kebanyakan applikasi dan perisian yang ada boleh didapati secara percuma!

Terdapat dua jenis perisian yang popular dan percuma; VMWare Workstation Player dan juga Oracle Virtualbox. Dalam postingan berikutnya saya akan memperincikan lagi kedua-dua perisian ini.

virtualbox
VirtualBox oleh Oracle
vmware
VMWare Player, kini dikenali sebagai VMWare Workstation Player

 

Kongsikan sekiranya bermanfaat:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge