Rebiu Photon Web Browser untuk iPad

Dalam artikel yang lepas saya ada mencanangkan penggunaan Photon Web Browser ini untuk mengakses content berunsur Flash. Dengan harga RM19.90, adakah ia benar-benar berbaloi?

shortcut photon
Ikon Photon Web Browser pada iPad

Pengenalan

Umum mengetahui Apple tidak pernah menginginkan Flash untuk digunakan dengan iPad dan iPhone. Namun begitu setakat ini ia tidak menghalang pihak developer luar untuk mencipta alternatif; termasuklah Photon Web Browser ini. Applikasi ini antara yang mendapat ranking tertinggi dalam AppStore dari segi bilangan download; ini menunjukkan betapa ramainya pengguna yang mengakses content berunsur Flash untuk iPad dan iPhone mereka.

Bagaimana browser ini berfungsi? Untuk makluman content berunsur Flash itu tidak berjalan di dalam tablet kita kerana ia mustahil (limitasi oleh Apple). Sebaliknya ia dijalankan di server Photon Web Browser ini lalu dipancarkan ke tablet anda. Seolah-olah anda menggunakan server itu secara langsung.

Prestasi

Terdapat beberapa tetapan yang boleh dipilih untuk content Flash tersebut (untuk menetapkan kualiti paparan). Teorinya, semakin tinggi tetapan itu semakin cantik content Flash tersebut. Anda memerlukan Internet yang berkelajuan tinggi untuk menikmati siaran yang lebih cantik/bermutu.

pilihan tetapan
Kualiti video semakin meningkat seiring dengan bandwidth.

Ujian

Kami ada menjalankan beberapa ujian terhadap beberapa laman web yang biasa kami lawati untuk menonton siaran kegemaran kami; watchop.io dan batsu game (DailyMotion). Dari segi prestasi, ia hampir menyamai prestasi sewaktu menonton di komputer biasa. Namun kami mendapati ada beberapa ketika paparan menjadi kaku (dalam 0.5 saat). Ini mungkin disebabkan proses buffering. Selain itu, paparan video cemerlang!

gakinotsukai
Seronok melayan Gaki No Tsukai dekat iPad ini

 

Kesimpulan

Bagi saya Photon Web Browser ini sangat digalakkan untuk mereka-mereka yang ingin mengakses laman web dengan content Flash ini. Harga RM19.90 itu tidaklah terlalu besar dan saya fikir sesuai dengan kemudahan yang saya dapat; mengakses content Flash. Saya bebas menonton video Flash menggunakan iPad di atas katil atau di dalam kereta.

Mungkin hari itu akan tiba di mana; semua laman Web meninggalkan Flash untuk format HTML5, atau Apple membenarkan Flash content dalam peranti mereka. Namun sehingga hari itu tiba, Photon Web Browser menjadi pilihan alternatif.

Kongsikan sekiranya bermanfaat:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge