Tips memilih tablet yang sesuai dengan kita

Tablet merupakan peranti yang tidak asing lagi buat para pengguna. Banyak orang memilih untuk memilik tablet kerana banyak sebab; untuk bekerja, bermain mahupun untuk santai. Amat penting bagi kita memilih tablet yang betul agar matlamat ini tercapai. Soalnya, bagaimana untuk memilih tablet ini?

Saiz bukan segalanya

Pertama, pilih saiz tablet tersebut. Pada ketika ini tablet boleh didapati pada saiz 7″ hingga 12.9“. Ini bergantung kepada citarasa masing-masing; adakah anda selesa menonton video dengan saiz skrin kecil atau besar? Antara kelebihan dan kekurangan memiliki tablet bersaiz kecil:

tablet 7 inci
Tablet kecil ini senang dikendalikan sebelah tangan
Kelebihan
  • Lebih mudah disimpan dalam beg
  • Ringan (selesa untuk kendalian)
  • Lebih murah (biasanya)
Kekurangan
  • Paparan yang kecil (perlu selalu zoom in dan zoom out sekiranya membaca buku / web)
  • Tidak praktikal untuk mengedit video / dokumen / gambar
  • Sukar untuk menaip (saiz keyboard virtual mengikut saiz tablet)

Manakala untuk tablet bersaiz besar pula:

ipadpro12.9
Puas kalau menonton filem dengan tablet ini.
 Kelebihan
  • Paparan besar memberi pengalaman yang lebih memuaskan dalam menonton video mahupun membaca buku elektronik.
  • Selesa untuk melakukan kerja (mengedit dokumen, video dan lain-lain)
  • Tidak perlu zoom in dan zoom out sekerap tablet dengan paparan kecil
 Kekurangan
  •  Harga yang lebih mahal
  • Sukar dibawa ke mana-mana (perlukan beg khas)
  • Lebih berat

Pada hemat saya elok ambil bersaiz 10″ atau tablet bersaiz sederhana. Impaknya kurang terasa berbanding jika kita mengambil yang terlalu kecil / terlalu besar.

Android vs iOS vs Windows

gaduh
Gambaran persaingan sebenar

Kedua, jenis Operating System yang anda inginkan. Pada ketika ini ada 3 Operating System utama yang boleh dijumpai; iOS, Android dan Windows.

Sekiranya anda sudahpun mempunyai smartphone, seeloknya anda pilih tablet yang sama Operating Systemnya dengan smartphone anda. Ini bagi meminimumkan ‘learning curve’ atau membolehkan anda lebih mudah untuk mengendalikan tablet tersebut.

Lagipun dengan memilih Operating System yang sama smartphone dan tablet anda akan lebih mudah untuk dikoordinasikan (synchronize) sesama sendiri. Ambil contoh iOS; sesama iOS boleh menggunakan aplikasi ‘FaceTime’ dan ‘iMessage’ dengan percuma. Begitu juga dengan Android yang mana rangkaian servis Google berfungsi dengan sangat baik sekali sesama sendiri.

Bajet harus mengizinkan

Ketiga, bajet yang anda sanggup keluarkan. Teori yang barang baik itu sememangnya mahal tidak boleh dipakai 100%. Anda perlu membuat research sendiri dalam menentukan tablet terbaik dengan bajet yang ada. Kadang-kadang tidak perlu berbelanja besar pun untuk mendapatkan tablet dengan spesifikasi yang baik.

Pastikan semasa memilih tablet itu, anda telah menyenaraipendek beberapa tablet yang berpotensi. Ini bagi membolehkan anda lebih fokus dengan pilihan yang ada. Luangkan masa untuk ke bilik pameran dan merasai sendiri menggunakan tablet tersebut. Akhir sekali, bandingkan antara tablet-tablet tersebut untuk membuat keputusan yang muktamad.

showrooom

Diharapkan dengan tips-tips di atas anda dapat memilih tablet yang berkenan di hati. Sekian dahulu buat kali ini, sehingga ketemu lagi…

 

Kongsikan sekiranya bermanfaat:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge