Android Oreo datang lagi! Pandangan dan pendapat

Berita baik untuk  para penggemar Android! Android Oreo telahpun dilancarkan oleh Google baru-baru ini pada 21 Ogos 2017 kepada orang awam.

Dari segi interface / paparan

  • Interface tidak jauh beza dengan Android Nougat, versi sebelumnya.
  • Menu tetapan / Settings berubah dari segi susunan, grouping dan juga nama
    • Level sub menu dikurangkan sebanyak mungkin bagi memudahkan pengguna mencari tetapan yang diingini.
  • Ikon baru buat sesetengah applikasi
  • Emoji baru
minah tudung
Ikon minah tudung pun ada! Рkredit kepada https://www.android.com/versions/oreo-8-0/
  • Beberapa jenis tema ikon yang boleh dipilih
    • Sebagai contoh, kita boleh memilih ikon berbentuk bulat, segi empat, dan lain-lain.

Fungsi utama

  • Mod “Picture-in-picture” yang membolehkan anda menonton video sambil melakukan perkara lain dengan fon anda.
    • Contoh yang terdekat adalah dengan Facebook videos. Kalau anda mainkan sesuatu video dalam Feed anda lalu skrol ke bawah, video itu akan muncul di sebelah tepi.
    • Ia membolehkan anda terus menonton video tersebut tanpa gangguan.
picture-in-picture mode
Boleh menonton video sambil berWhatsApp – kredit kepada https://9to5google.com
  • Chanel notifikasi serta notifikasi pada ikon applikasi (Notification Dot)
    • Membolehkan anda memilih apa jenis notifikasi yang keluar dan apa yang akan diabaikan.
    • Ikon anda akan berubah (terdapat titik/dot) yang menunjukkan ada notifikasi buat app tersebut.
notification dtos
Notifikasi juga boleh dipaparkan dekat ikon applikasi – kredit https://www.xda-developers.com
  • Pilihan teks pintar (Smart Text Selection)
    • Google akan cuba menterjemahkan teks yang anda highlight kepada informasi yang mungkin relevan.
    • Contohnya jika anda highlight teks mengandungi koordinat sesuatu kawasan anda akan diberikan opsyen untuk membukanya menerusi Google Maps.
    • Contoh lain, jika anda highlight teks mengandungi no telefon anda akan diberi opsyen untuk mendail no itu secara terus.
  • Support untuk Bluetooth Codex yang luas.
  • Applikasi background kini diuruskan dengan lebih optimum oleh Android Oreo
    • Ia bagus untuk menjimatkan bateri. Tidak perlu lagi applikasi dari vendor 3rd party untuk mengawal ketersediaan applikasi background ini.
  • Password Autofill API baharu.
    • Lebih banyak applikasi kini boleh beroperasi dengan API yang baru ini untuk menambahbaik fungsi Autofill sedia ada.

Kesimpulan

Buat masa ini ia hanya boleh didapati dengan smartfon tertentu sahaja. Untuk makluman lanjut boleh rujuk di sini (dalam bahasa Inggeris).

Android Oreo membawa bersamanya banyak pembaharuan dan kemajuan berbanding versi yang sebelumnya. Mod ‘Picture-in-picture’ serta Notification Dots dilihat sebagai satu petanda Android kini mengarah kepada konsep ‘Multi-tasking’ atau kebolehan melakukan banyak perkara pada satu masa. Ini seiring dengan peranan smartfon kini yang semakin banyak digunakan untuk hal-hal kerja oleh para pengguna.

Diharapkan agar Android terus mempelopori fungsi-fungsi baru yang berguna untuk versi akan datang; Android P.

 

 

Kongsikan sekiranya bermanfaat:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge