Laptop bajet terbaik 2017 (dalam lingkungan RM2000)

Ramai yang memilih laptop bajet RM2000 dan kebawah lebih-lebih lagi di kalangan pelajar kolej dan universiti untuk membuat tesis, kerja mahupun untuk berhibur. Laptop pada bajet ini sememangnya menawarkan pakej asas; namun tidak bermakna anda tidak boleh mendapat yang terbaik dari kalangannya.

Untuk makluman kriteria utama yang kita pilih untuk menyenaraipendekkan list ini adalah CPU, storage, graphics serta paparan skrin. Di bawah ini kita akan telusuri beberapa model yang menjadi pilihan untuk bajet serendah RM2000!

HP Pavilion 15-bw074AX

hp

Berikut spesifikasi ringkas laptop ini:

  • CPU – AMD A10-9620P 4 Core dengan kelajuan asas 2.5GHz (boleh meningkat ke 3.4GHz).
  • Memori – 4GB DDR3
  • Storage – 1TB 5400rpm HDD
  • Graphics – AMD Radeon 530 Graphics (dengan memory 2GB DDR3)
  • Operating System – Windows 10 edisi Home 64-bit
  • Paparan skrin – 15.6 inci
  • Berat – 2.1kg
  • Harga – RM 2099

 Acer Aspire E 15 | E5-523G-96NN

acer aspire

Berikut spesifikasi ringkas laptop ini:

  • CPU – AMD A9-9410 2 Core dengan kelajuan asas 2.9GHz (boleh meningkat ke 3.5GHz)
  • Memori – 4GB DDR4
  • Storage – 500GB
  • Graphics – AMD Radeon R5 M430 (dengan memory 2GB DDR3)
  • Operating System – Windows 10 edisi Home 64-bit
  • Paparan skrin – 15.6 inci
  • Berat – 2.4kg
  • Harga – RM1999

ASUS VIVOBOOK MAX X441U

asus

  • CPU – Intel i3-6006U 2 core dengan kelajuan asas 2 GHz
  • Memori – 4GB DDR4
  • Storage – 1TB HDD
  • Graphics – NVIDIA GeForce 920MX (dengan memori 2GB)
  • Operating System – Windows 10 edisi Home
  • Paparan skrin – 14 inci
  • Berat – 1.7kg

Laptop-laptop ini kita telah senaraipendek dari bermacam-macam laptop yang ada. Mari kita bandingkan pula ketiga-tiga laptop ini dari segi kriteria yang telah kami pilih di bawah:

CPU

CPU ibarat otak sesuatu komputer. Kita perlu lihat dari 2 sudut; bilangan core dan clock speed. Semakin banyak core semakin banyak perkara yang kita boleh lakukan serentak. Begitu juga semakin pantas clock speed semakin pantas sesuatu proses itu boleh dilaksanakan.

Ketiga-tiga laptop ini memiliki CPU yang biasa; sesuai dengan statusnya sebagai laptop bajet. Inilah senarai kedudukan laptop mengikut prestasi CPUnya (1. paling bagus):

  1. HP Pavilion
  2. Acer Aspire
  3. Asus Vivobook Max
Memori

Memori pula berfungsi menyimpan data yang diperlukan oleh CPU untuk beroperasi. Semakin besar memori semakin banyak perkara yang boleh disimpan untuk digunakan CPU.

Teorinya simpanan memori lebih pantas untuk diakses CPU berbanding HDD.

Ketiga-tiga laptop ini memiliki jumlah memori yang sama, cuma berbeza dari segi versi DDR sahaja; 4GB kini standard dalam sesebuah laptop dengan Windows 10. Inilah senarai laptop mengikut memorinya (1. paling bagus):

  1. Acer Aspire dan ASUS Vivobook Max
  2. HP Pavilion
Storage

Storage (biasanya Hard Disk Drive) merupakan tempat sesuatu data itu disimpan. Semakin besar storage semakin banyak data yang boleh disimpan.

Untuk pelajar kolej storage yang besar adalah satu kemestian. Video-video ilmiah dan hiburan boleh memakan jumlah storage yang besar.

Ketiga-tiga laptop ini hampir sama jumlah storagenya. Inilah senarai laptop tersebut mengikut jumlah storage (1. paling bagus)

  1. HP Pavilion dan ASUS Vivobook Max
  2. Acer Aspire
Graphics

Graphics card mengambil alih tugas CPU dalam hal-hal multimedia seperti rendering video, game dan lain-lain. Untuk ini kita merujuk videocardbenchmark.com untuk ketiga-tiga graphics yang ada. Untuk makluman Radeon 530 tidak terdapat dalam list jadi kami gunakan Radeon 520. Secara dasarnya prestasi Radeon 530 patut melebihi Radeon R5 M430.

komparison
kredit kepada – https://www.videocardbenchmark.net/compare.php?cmp%5B%5D=3520&cmp%5B%5D=3552&cmp%5B%5D=3797

Berikut hasil daripada carian kami (1.paling bagus)

  1.  ASUS Vivobook Max
  2. HP Pavilion
  3. Acer Aspire
Operating System

Ketiga-tiga laptop menggunakan Windows 10 edisi Home

Paparan skrin

Paparan skrin bagi ketiga-tiga laptop ini juga standard. Tiada unsur touch-screen; normal bagi bajet yang ada. Namun ini bukanlah suatu yang menghampakan.

Berikut senarai yang kami buat berdasarkan saiz paparan skrin (1. paling bagus). Namun begitu ia subjektif untuk individu juga (ada yang sukakan paparan besar vs paparan kecil).

  1. HP Pavilion dan Acer Aspire
  2. ASUS Vivobook Max
Berat

Laptop-laptop ini mempunyai berat yang standard dengan bajet yang ada. Berikut senarai yang kami buat berdasarkan berat masing-masing (1. paling bagus)

  1. ASUS Vivobook Max
  2. HP Pavilion
  3. Acer Aspire
Kesimpulan

Dari kriteria di atas, dapat kita simpulkan jumlah markah yang dikutip seperti berikut:

  • HP Pavilion 10 markah
  • Acer Aspire 9 markah
  • Asus Vivobook Max 12 markah

Pada harga RM1754, laptop ini menjuarai senarai pendek yang telah kami buat untuk laptop bajet RM2000 ini. HP Pavilion di tempat kedua manakala Acer Aspire di tempat terakhir.

Diharapkan penjelasan ini berguna buat adik-adik yang ingin membuat pembelian laptop bajet kelak. Jangan lupa untuk lihat sendiri laptop-laptop ini di depan mata sebelum membuat keputusan muktamad.

Kongsikan sekiranya bermanfaat:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge